Toyota DX ni sumpat engine supra 2JZ 3000 cc beb... giler tapi benar. kete nie memang khas buat drag atau drift, mungkin kelajuan kete ni sama taraf dengan kapal terbang lah agaknyer.. hehehe... pemasang turbo dan piping jika ada yang berminat boleh datang kedai ROBERT kat segambut KL. harga pun berpatutan berdasarkan diameter dan panjang pada pipe. customer dari singapore pun bole datang, takkan kat sini tak boleh datang kottt....
car exihibition, horse power technical, info technical exhaust system, drifting and dragster
Wednesday, August 13, 2008
KANCIL BLACK RENTUNG
Nie lah kancil black rentung, warna hitam ala v.i.p.. akan tetapi kejahatan system engine yang amat menggerunkan pada technical. your all tengok lerr sendiri turbo dia tu.... 400 meter dah nampak betapa besarnyer turbo beliau.. hehe... berapa horse power lah agaknye yerrr... isy isy isy dasat yer beliau membuat technical seperti ini... MALAYSIA BOLEH BRO.... Kancil nie jugak salah satu drag battle kat pasir gudang pada minggu yang lepas.. mungkin pada 16 august 08 beliau akan turut serta di LITAR SEPANG... Kita nantikan dan gegarkan Sepangggg...
NISSAN BLUEBIRD FOR SALE
Ada sesiapa yang berminat dengan nissan bluebird 1.8 triple S, sport rim 17 inch dan warna biru yang menawan ala NISMO. owner nak jual dengan harga RM8k sahaja luaran dan dalaman yang cukup memuaskan, tengok luaran pun dah nampak menarik apa ntah lagi dalamannyer... condition engine pun bagus... jika ada engine bermasalah kalau ada drifter yang nampak kete sebegini.. confirm beli terussss kasi masuk engine CA18DET dan terusss DRIFTTTTT......
full..... throttle........
PERFORMANCE ENGINE
your all bole lihat betapa kemasnyer performance engine ini... system intercooler sudah digantikan dengan system intake ice untuk menyejukkan lagi system turbo.. menarik sayyyy..
kemas, padat dam hebattt... itu lah hasilnyer dari I.Z. AUTOWORKS JB... mana lah tau kan beliau akan meneruskan drag battle di sepang pada 16 august 2008 ini.. so, don't missing hahhh... ticket yg berharga RM30 untuk pit stop bole tengok kete yang ganas-ganas dan RM10 untuk grand stand...
kemas, padat dam hebattt... itu lah hasilnyer dari I.Z. AUTOWORKS JB... mana lah tau kan beliau akan meneruskan drag battle di sepang pada 16 august 2008 ini.. so, don't missing hahhh... ticket yg berharga RM30 untuk pit stop bole tengok kete yang ganas-ganas dan RM10 untuk grand stand...
DRAG BATTLE IN PASIR GUDANG
Saturday, July 26, 2008
Friday, July 18, 2008
Saturday, May 3, 2008
INFO TECHNICAL EXHAUST SYSTEM
Bagaimana ini adalah yang paling penting untuk memulakan modifikasi peningkatan enjin. Ok kita lupakan sejenak bahanbahan lain seperti kabel-kabel prestasi tinggi, saluran, palam pencucuh dan penyuntikan air. Jangan bazirkan wang anda dengan hanya mencantikkan ruangan enjin anda tetapi menghampakan dari segi prestasi enjin. Sistem ekzos adalah merupakan yang paling ringkas tetapi mempunyai banyak rahsia disebaliknya. Nak tahu ke.. Ia merupakan lengkongan besi paip dari enjin ke manifold kepada muffler. Untuk melalui semua ini, gas ekzos perlu melepasi cataytic converter ( alat untuk mengawal tahap pencemaran dan mengubar molekul gas racun kepada karbon monoksida ) dan paip saluran serta sub-muffler.
Tujuan dan matlamat asal sistem ekzos pada setiap kenderaan ialah meminimumkan tahap kebisingan / bunyi ke tahap paling rendah , menghalang kepanasan dan sisa buangan bertoksik. Tanpa sistem ekzos , sesebuah kenderaan akan mengeluarkan bunyi yang amat kuat , gas-gas yang berbahaya kepada alam sekitar. Untuk mengelakkan dan mengekalkan keharmonian alam sekitar, sistem ekzos telah diperbaiki dari ke sehari oleh juruteknik automotif.
Kita sering mendengar orang berbangga menukar sistem ekzos mereka yang macam tu dan yang macam ini. Ok, di sini kita bincang tentang manifold, bullet, paip dan sebagainya. Yang pentingnya ialah perlu mengetahui bahagian pertama sekali harus ditukar untuk membebaskan tenaga. Bukan sekadar menukar secara suka-suka hanya dipengaruhi oleh peniaga.
Paling utama sekali bahagian ekzos ialah muffler atau perendam bunyi. Ia merupakan sebuah tabung terakhir yang memastikan bunyi kereta menjadi senyap. Bahagian dalaman mempunyai ungkaian dan saluran yang berliku-liku seperti lorong untuk memperlahankan dan mengurangkan kepanasan. Cara ini amat berkesan untuk mengurangkan bunyi tetapi mengecewakan segi menghasilkan kuasa yang sepatutnya dijana di bahagian enjin.
Dari beberapa kajian dan pengalaman yang kita dapati, untuk mendapatkan tekanan paling rendah ialah memilih muffler jenis saluran lurus. Begitu juga menentukan saiz, jenis paip serta bahan buatan juga penting. Dari segi kawalan emisi bunyi ( bunyi diserap oleh gentian seramik ) ,pencemaran masih tidak terlalu jauh dengan spesifikasi muffler standard tetapi di sebaliknya mempunyai kuasa yang tinggi. Muffler ini biasanya bersaiz besar 4 dan 7 inci, lebih besar tabung tersebut akan menghasilkan bunyi lebih perlahan. Masalahnya tabung ini amat mahal pada sesetengah orang, seperti jenama HKS, APEXi, TANABE, GREDDY dan SUPER DRAGGER.
Muffler saluran terus ini juga disebut type N-1 atau disebut bullet. Ini amat popular untuk enjin putaran tinggi seperti VTEC. Ekzos seperti ini seolah-olah menjadi trend dan bunyinya juga berupaya mengundang minat “PIHAK BERKUASA”. Ia bukan bermaksud, ekzos jenis ‘peluru’ ini tidak baik. Ekzos seperti jenama-jenama diatas merupakan antara muffler jenis N1 yang bagus tetapi perlu disatulkan dengan sub-muffler atau disebut resonator yang sesuai.
Muffler saliran terus, terdapat satu lagi jenis yang biasa kita lihat iaitu disebut S-TYPE. Muffler ini biasanya dipilih kerana lebih senyap berbanding jenis saliran terus dan kebiasaannya mempunyai bentuk oval sama seperti muffler standard. Untuk sebuah enjin N/A , penalaan yang tepat pada bahagian paip dan salurannya adalah terbaik, berbanding jenis saluran terus. Bagaimanapun, tidak mengambil kira jenis enjin empat silinder dan enam silinder, ini kerana setiap karektor enjin ini mempunyai spesifikasi berbeza-beza.
Setiap mencari formula, si pengguna dan si pembuat ekzos perlulah tahu kiraan dan bacaan saiz, tekanan secara matematikal kerana jika tidak, hasilnya adalah lebih teruk dari sebuah sistem ekzos standard.
Horse Power Teknikal
Bagaimanakah anda mendefinasikan HP ( Horse power ) atau kuasa kuda? Ok, kita mula berfikir apakah kaitannyaseekor kuda dalam unit pengukuran kuasa dalam ukuran otomotif ? Seekor kuda yang cergas akan mampu membawabeban berat seorang penunggang dan memecut serta berlari dengan kelajuan yang menakjubkan dan kuda juga mampumenarik beban yang berat dalam keadaan kelajuan yang perlahan.
Para pencipta dan pembuat otomotif disamping mempunyai repitasi bagi membuat hasil mereka serta memberi maknabaru dalam pengiraan terhadap unit HP sudah tentunya mempunyai definisi yang lebih terang mengenai hal ini. HP adalahdefinisi keatas kerja yang mampu dilakukan pada jangka masa. Definisi yang paling tepat untuk HP adalah 1 HP bersamaandengan tahap kerja sebanyak 33,000 paun, bergerak sepanjang 1 kaki jaraknya pada jangka masa tertentu, anda mungkintelah membuat satu kerja yang bersamaan dengan 1 HP.
Ok, bagaimana definisi ini berlaku ? Unit HP diwujudkan oleh seorang pencipta enjin stim, beliau adalah JAMES WATTiaitu pada tahun 1736 – 1819. Beliau mengekalkan namanya dalam unit kuasa dalam ukuran elektrik dan penghasilanbunyi. Enjin stim yang dicipta oleh beliau mampu menggambarkan kemampuan rekaan beliau. Rekaan enjin itu adalah untukmenggantikan tempat yang selama ini di tugaskan kepada kuda-kuda, iaitu satu-satunya sumber kuasa industri yang adapada masa itu. Ok, dengan pemerhatian dan kiraan beliau mengenai kelajuan seekor kuda seperti ; membuat 144 pusinganmengelilingi bulatan dalam sejam atau 2.4 pusingan seminit. Dengan itu , beliau telah menganggap kelajuan tersebutkepada angka lebih mudah dikira kepada 181 kaki seminit dan mendarabkannya dengan beban berat 180 paun yang telahditaik oleh kuda tersebut ( 181 x 180 ) dan jawapan berupa 32,580 ft-lbs/min telah diperolehi.
Royal automobile club, pada tahun 1922 dan 1947 telah menggunakan kaedah pengukuran kuasa kuda dijadikan asaskepada tahap cukai terhadap kenderaan. HP enjin dikira berdasarkan ukuran diameter silinder dalam inci yang kemudiannyadi darabkan dengan jumlah silinder dan bahagikan dengan 2.5.
Antara unit ukuran HP yang lain yang digunakan adalah IHP ( INDICATED HORSEPOWER ) iaitu ukuran berdasarkantahap pengeluaran kuasa kasar pada enjin tanpa dicampurkan dengan tahap geseran komponen lain sperti bearing-bearing,geseran piston, sistem transmisi serta dalaman enjin yang bergerak.
FAKTA TEKNIKAL
BRAKE HORSEPOWER
Adalah unit yang diukur berdasarkan mesin ukuran dyno yang seakan-akan memberi rintangan terhadap berat keseluruhankereta dan bacaan diperolehi adalah kuasa yang mampu dihasilkan setelah rintangan tersebut.
WHEEL HORSEPOWER
Adalah bacaan yang telah diperolehi setelah kesemua rintangan diambil kira dan unit kuasa ini adalah yang muktamad padabacaan yang diperolehi dari roda kenderaan.
INDICATED HORSEPOWER
Iaitu ukuran berdasarkan tahan pengeluaran kuasa kasar pada enjin tanpa dicampurkan dengan tahap geseran komponenlain seperti yang telah diterangkan diatas.
Sunday, April 27, 2008
Dragster
Wednesday, April 23, 2008
The civic hatchback Type-R
World Car Fans has a gallery of new spy photos of Honda Motor's Euro-Civic hatchback, apparently in Type-R trim. The lightly disguised Civic looks like it should be a worthy competitor in the european market's hot hatch wars.Although WCF reports that all models of the new hatch will get sportier suspension tuning than the sedan, the real fun is reserved for the Type-R, which gets a 197 hp 2-liter engine - good for a 0-100 km/h time of 6.5 seconds.
The Civic hatchback hits U.K. showrooms this summer, after its debut at the British Motor Show. The Type-R should appear next year.
Subscribe to:
Posts (Atom)