car exihibition, horse power technical, info technical exhaust system, drifting and dragster

Saturday, May 3, 2008

Horse Power Teknikal




Bagaimanakah anda mendefinasikan HP ( Horse power ) atau kuasa kuda? Ok, kita mula berfikir apakah kaitannyaseekor kuda dalam unit pengukuran kuasa dalam ukuran otomotif ? Seekor kuda yang cergas akan mampu membawabeban berat seorang penunggang dan memecut serta berlari dengan kelajuan yang menakjubkan dan kuda juga mampumenarik beban yang berat dalam keadaan kelajuan yang perlahan.


Para pencipta dan pembuat otomotif disamping mempunyai repitasi bagi membuat hasil mereka serta memberi maknabaru dalam pengiraan terhadap unit HP sudah tentunya mempunyai definisi yang lebih terang mengenai hal ini. HP adalahdefinisi keatas kerja yang mampu dilakukan pada jangka masa. Definisi yang paling tepat untuk HP adalah 1 HP bersamaandengan tahap kerja sebanyak 33,000 paun, bergerak sepanjang 1 kaki jaraknya pada jangka masa tertentu, anda mungkintelah membuat satu kerja yang bersamaan dengan 1 HP.


Ok, bagaimana definisi ini berlaku ? Unit HP diwujudkan oleh seorang pencipta enjin stim, beliau adalah JAMES WATTiaitu pada tahun 1736 – 1819. Beliau mengekalkan namanya dalam unit kuasa dalam ukuran elektrik dan penghasilanbunyi. Enjin stim yang dicipta oleh beliau mampu menggambarkan kemampuan rekaan beliau. Rekaan enjin itu adalah untukmenggantikan tempat yang selama ini di tugaskan kepada kuda-kuda, iaitu satu-satunya sumber kuasa industri yang adapada masa itu. Ok, dengan pemerhatian dan kiraan beliau mengenai kelajuan seekor kuda seperti ; membuat 144 pusinganmengelilingi bulatan dalam sejam atau 2.4 pusingan seminit. Dengan itu , beliau telah menganggap kelajuan tersebutkepada angka lebih mudah dikira kepada 181 kaki seminit dan mendarabkannya dengan beban berat 180 paun yang telahditaik oleh kuda tersebut ( 181 x 180 ) dan jawapan berupa 32,580 ft-lbs/min telah diperolehi.


Royal automobile club, pada tahun 1922 dan 1947 telah menggunakan kaedah pengukuran kuasa kuda dijadikan asaskepada tahap cukai terhadap kenderaan. HP enjin dikira berdasarkan ukuran diameter silinder dalam inci yang kemudiannyadi darabkan dengan jumlah silinder dan bahagikan dengan 2.5.


Antara unit ukuran HP yang lain yang digunakan adalah IHP ( INDICATED HORSEPOWER ) iaitu ukuran berdasarkantahap pengeluaran kuasa kasar pada enjin tanpa dicampurkan dengan tahap geseran komponen lain sperti bearing-bearing,geseran piston, sistem transmisi serta dalaman enjin yang bergerak.



FAKTA TEKNIKAL



BRAKE HORSEPOWER


Adalah unit yang diukur berdasarkan mesin ukuran dyno yang seakan-akan memberi rintangan terhadap berat keseluruhankereta dan bacaan diperolehi adalah kuasa yang mampu dihasilkan setelah rintangan tersebut.



WHEEL HORSEPOWER


Adalah bacaan yang telah diperolehi setelah kesemua rintangan diambil kira dan unit kuasa ini adalah yang muktamad padabacaan yang diperolehi dari roda kenderaan.



INDICATED HORSEPOWER


Iaitu ukuran berdasarkan tahan pengeluaran kuasa kasar pada enjin tanpa dicampurkan dengan tahap geseran komponenlain seperti yang telah diterangkan diatas.

No comments:

EVOLUTION X

EVOLUTION X
nice car from mitsubishi